Tuesday 29 March 2011

Asal Usul Agama Kristian

Didalam sebuah kitab, tidak ada disebutkan mengenai Agama Kristian. Kristian baru sahaja dibawa oleh seorang Paul yang pertama di Zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal Agama Kristian adalah daripada Agama Yahudi dan nasara (nasrani). Tetapi di Romawi, ia dinamakan Kristianisasi yang membawa maksud pengkristianan dan ia bermatlamat  membawa kesemua Agama untuk memasuki Kristian. Tanggapan orang-orang Kristian bagi kesemua Agama selain Kristian adalah tidak benar dan merupakan suatu Agama yang tidak wujud dan tersesat. Tetapi sedarkah mereka bahawa yang tersesat itu sebenarnya adalah Kristian iaitu nasrani dan Yahudi yang telah disesatkan oleh penganut-penganut Agama mereka sendiri? Jika kita meneliti dalam kitab Nabi Isa (Injil) juga merupakan kitab suci bagi umat Kristian, tidak disebutkan Kristian. Sebenarnya semua pengikut Kristian tahu mengenai kedudukan Agama islam. Tetapi mereka lebih mempercayai Agama Kristian. Jika diteliti dalam alkitab (Injil), kita akan bertemu dengan ayat yang dikatakan oleh Nabi Isa sendiri iaitu “akan turun seorang lagi Nabi selepasku” saya tidak pasti pada Injil mana, tetapi jika dicari, anda akan bertemu dengan ayat yang serupa ini. Didalam kitab Injil yang sebenar, ada dituliskan menganai nama Ahmad iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment