Tuesday 29 March 2011

Pindahnya Agamaku Kepada Islam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera… Sebelum tu, sya nak sampaikan PESANAN kepada semua pembaca Non-Muslims terutamanya masyarakat kita yang beragama Kristian agar lebih terbuka (open minded) sekiranya anda “tersinggah” di blog ini... Sya menulis blog ini bukannya untuk memburuk-burukkan agama atau dengan bahasa yang lebih mudah, MENGHINA agama anda… Nauzubillah… jadi, tujuan sebenarnya sya mewujudkan blog ini adalah semata-mata untuk rujukan kita semua agar kita lebih mengenali kebenaran yang hakiki. So, sya TEKANKAN sekali lagi bahawa, SYA TIDAK BERNIAT SAMA SEKALI UNTUK MENGHINA…. 

Untuk pengetahuan semua, sya adalah seorang muallaf atau baru memeluk islam pada 19 Januari 2011 yang lalu… so, kira masih sangat baru la katakan… tp, walaupun begitu, sya dah mendalami serba sedikit tentang islam.. 

Kenapa Memeluk Islam?? 

Okay, untuk semua pastinya anda tertanya-tanya kenapa? Jawabannya adalah sangat mudah dan ringkas. Jawabannya: sebab sya dh menemukan kebenaran… sejak itu hati sya meronta-ronta untuk memeluk islam.. Selain tu, sy dh tertarik ngan islam sejak di bangku sekolah.. 

So, kita teruskan penulisan dengan pandangan sya terhadap agama kristian…. Wahai umat muhammad, sesungguhnya islam adalah suci di sisi allah. Sebelum islam, dua agama samawi telah wujud… agama yahudi (kitab taurat) dan seterusnya agama Nasrani (kristian-Kitab Injil) yang dipimpin oleh Yesus (melayu): Yashu (ibrani): Jesus (english) dan ada yang memaksudkan bahawa dia adalah Nabi Isa Bin Mariam ( Dalam islam, kalo xda ayah, akan di’bin’kan kepada ibunya atau abdullah).. Walaupun begitu, islam telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah kedua-dua agama ini disesatkan oleh umat itu sendiri.. 

Alasan yang sebenarnya adalah yang pertama kerana Allah s.w.t. Sya memeluk islam bukan kerana ajakan orang-orang tertentu kerana ianya diibaratkan dengan “layu rumput maka matilah ia”… maksudnya, jika sya memeluk islam kerana ajakan orang, sya mungkin tidak kekal kerana terpengaruh dengan manusia… tapi sya memeluk islam kerana Allah… ianya hadir sendiri dalam hati sya.. Alhamdulillah… Kedua, islam mempunyai `kebolehpercayaan’ 100%... Kenapa sya berkata demikian? Isla tiada persoalan yang rumit dan segala persoalan ada jawabnya… tapi kristian (agama asal sya)?? Terlalu banyak persoalan yang saya sendiri x bleh menjawabnya. Walaupun suatu ketika dulu, sya sangat aktif dalam gereja…. Tp, Alhamdulillah, skarang sya telah menemui apa yang sya cari dalam hidup..

No comments:

Post a Comment