Tuesday 29 March 2011

Menjawab Segala Persoalan Kristian 3

Jesus
01. Jelaskan mengapa satu-satunya anak Tuhan harus mati untuk kita, ke syurga, walaupun semasa hidup kita bergelumang dengan dosa - adilkah, yang tak bersalah dihukum dan yang bersalah dibiarkan ?
02. Mengapa tidak Jesus mati sehingga habis dia berdakwah, habis tulis Bible, habis buat wasiat dan mati secara terhormat ?
03. Kalau mereka mati sebelum Jesus disalib, adakah Nereka tempat mereka ?
04. Sifat perkauman adalah salah, tetapi Jesus mempunyai sifat perkauman ! (Mark 7:25-29), apa helah kamu ?.
05. Kalau Judas sanggup untuk ke Neraka kerana manusia, Jesus hanya sengsara 3 jam pada palang salip, tidakah pengorbanan Judas melebihi perngorbanan Jesus ? Oleh itu kenapa tidak menyembah Judas sahaja ?
06. Kalau Jesus dan BapaNya adalah satu (John 10:30), kenapa Jesus mesti sembahyang ? ( Matthew 26:39)?
07. Saya tidak percaya yang Jesus mati untuk dosa saya, namakan satu benda yang Jesus telah buat untuk saya ?
08. Kalau seseorang "menerima" Jesus, ia terselamat, kemudian dia "menolak" Jesus - adakah orang itu juga "terselamat" juga ?
09. Apakah syarat-syarat untuk "diselamatkan" ? Setengah mengatakan "cukup setakat percaya" dan setengah mengatakan "percaya tanpa usaha - kena mati" dan Bible pula membenarkan kedua-dua fahaman ini - apa pendapat kamu ?
10. Kalau Jesus adalah "perfect", takan dia tak tahu itu bukan musim buah ara ?, kemudian menyumpah pula pokok tersebut ! (Matthew 21:17-19, Mark 11:14-20).
11. Kenapa Jesus, digambarkan sebagai anti-Gentile (Mark 7:25-29) dan anti-sex (Luke 14:26 dan Matthew 19:12)?
12. Mengikut Gospels, dari pengagan Kristian, Jesus adalah orang yang paling penting yang dihidupkan. Mengikut pegangan Romon Jesus adalah seorang politik. Mengapa tidak ada tulisan mengenainya selepas 30 tahun selepas kematianya dan mengapakah tiada juga dari Gospel, sehingga abad yang ketiga ?
13. Ke empat-empat Gospels Kristian tidak mengatakan "Jesus adalah anak kepada Tuhan kamu", dia sendiri mengatakan "Anak Manusia", dan pada masa itu biasalah bagi yang berbahasa Hebrew, bilamana mangatakan "Anak Tuhan" dia melambangkan yang dia adalah orang Yahudi. Ini membuat orang -orang Israil mengatakan mereka adalah "bangsa pilihan", (Job 1:6). Mengapakah kamu percaya yang Jesus sebahagian dari Tuhan ? Dan jika kamu percaya yang Jesus bukan sebahagian dari Tuhan mengapa kamu memanggil diri kamu Kristian ?
14. Jesus memciplak Golden Rule dari Old Testement - Adakah Jesus kaki ciplak?
15. Matthew 1:23 mengatakan Jesus boleh dipanggil Immanuel, yang bermaksud "Tuhan bersama kita", Kenapa tidak ada yang memanggil dia Immanuel, (walaupun ibubapanya sendiri) didalam New Testament?
16. Kalaulah niat untuk berdosa sudah berdosa, (I Matthew 5:28) dan jika Jesus sudah di goda oleh Syaitan di padang pasir (Matthew 4:5-8, Luke
4:5-9), bagaimanakah kamu berani mengatakan yang Jesus tidak berbuat dosa ?
17. Kenapa ke empat-empat Gospel Kristian memberi peryataan yang berbeza tentang ayat terakhir Jesus sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di palang salab. (Matthew 27:46 dan Mark 15:34: "My God, My God, why hast thou forsaken me?"; Luke 23:46: "Father, into thy hands I commend my spirit"; John 19:30: "It is finished").
18. Kalaulah dia diberitahu yang dia akan disalib, dan dia tahu dia adalah anak Tuhan, kenapa dia tidak buat sesuatu untuk elak dia dari di salib ? (Matthew 26:39).
19. Kalaulah dia anak Tuhan, Tuhan lebih sayangkan manusia dari anaknya, adakah ini bermakna Tuhan lebih suka menyusui kera dihutan sedangkan anak sendiri mati tak makan ?
20. Adakah Tuhan suka pada kekejaman, membiarkan orang-orang lain menyalib anak kesayanganya, kenapa Tuhan tidak menyelamatkan anaknya, kemudian kalau nak mematikanpun anaknya, matikanlah anaknya dengan cara terhormat ?.
21. Revelation 22:16 mengatakan yang Jesus adalah berketurunan David, jadi jika Mary bukan keturunan David, kerana hanya Joseph berketurunan David, ini menunjukkan Jesus adalah anak kepada Joseph dan bukan anak Tuhan ? 
Soalan pada Kristian ~ jawaplah berlandaskan ayat-ayat Bible.
Bible
01. Sebagai individu, apa perasaan kamu dengan ayat Psalm 51:5?
02. Mengapa Bible menyetujui penindasan pada wanita?. (1 Cor 11 dan 1 Tim 2:11-15. )
03. Mengapa Bible menyokong sistem hamba abdi ? ( 1 Peter 2:18. )
04. Dalam Bible secara konstant digambarkan Tuhan sebagai lelaki .. he/him - adakah ini jantina Tuhan anda ?
05. Kenapa 2 Kings 19 sama-seiras, bulat-bulat, macam to Isaiah 37, adakah ini satu photocopy ?
06. Dalam Bible, Tuhan memerintah melancarkan perang tanpa belas kasihan kepada golongan yang tidak seagama denganmu, (Luke 22:36, Deuteronomy 13:8, Exodus 20:23-25, Deuteronomy 20:16, Matthew 10:34, Numbers 31:17-18, dsb). sebagai pengikut, kenapakah kamu tak mengikuti arahan tersebut ?
08. Mengapakah ayat-ayat Bible penuh dengan percanggahan - adakah penulis -penulis, Bible mabuk masa mereka menulis Bible ?
09. Merujuk kepada Matthew 6:5-6, mengapa perlu "berdoa" ditempat awam, tidakah ini munafik namanya ?
10. Isaiah 7:16 seolah-olah mengambarkan sebelum Jesus mencapai umur matang, kedua-dua negara Yahudi akan di musnahkan - Dimanakah ketepatan New Testament?
11. Mengapa setengah hukum-hukum Bible tidak boleh diterima pakai, misalnya hukum kena bunuh, korban bakaran, atau setidak-tidaknya hukum perempuan haid?
12. Matthew 28:11-15 mengatakan ada pakatan dari Yahudi dan tentera Roman mencuri mayat Jesus, bagaimana Metthew mengetahuinya kerana tidak ada pengakuan dari Yahudi atau tentera Roman yang mengakuinya ? Dan jika ianya satu pakatan, mengapa tidak ada penulis Bible selain dari Metthew menggungkapkanya ? Adakah Metthew pandai mereka-reka cipta ?
13. Matthew berkata masa Jesus masuk ke Jerusalem dia memasuki dengan kaldai betina beserta dengan anaknya (Matt 21:7), mengapa pula (Zech 9:9) mangatakan hanya kaldai betina, dan penulis-penulis Bible yang lain juga mangatakan Jesus hanya memasuki dengan kaldai betina sahaja (Mark 11:7, Luke 19:35, and John 12:15) - Siapakah pembohong disini ?
Seks
01. Kenapa sex, (satu nikmat) dikira "jijik", kalau kamu kata tak "jijik" sila rujuk pada Matthew 19:12, 1 Corinthians 7 ( terutamanya ayat 1-9), Galatians 5:17, 1 Thessalonians 4:3, James 1:14-15, Matthew 24:38, Luke 17:27, dan Revelation 14:4.
02. Kenapa Greek Kuno, yang mempunyai "a very liberal sexual morality", mempunyai kadar jenayah seks yang sangat rendah, jika dibandingkan dengan Unite States, dimana 85% rakyatnya adalah Kristian?
03. Kenapa hukum zina didak dilaksanakan ?
04. Kenapa tidak boleh kahwin dengan perempuan yang telah diceraikan ?
05. Kenapa Bible berbau lucah, celupar, dan berbau seks ?
Lain-Lain
01. Kenapa kita mesti menerima "words of the gospel writers" sedangkan mereka adalah pembohong ? ( Romans 3:7).
02. Adakah penganut selain Kristian akan masuk nereka ?
03. Apakah doktrin yang tersangat penting sehingga pergaduhan antara Catholics dan Protestants di Ireland?
04. Apa pendapat kamu tentang Wicca? ("white witchcraft") ?
05. Bila kimat berlaku, adakah Tuhan menggangkat badan ataupun roh simati - ceritakan dengan ayat-ayat "Bible" kamu ?
06. Kenapa cerita Jesus bangun dari kubur ada banyak versi, dan setiap versi tidak sama dengan yang lain - kan yang ada hanya satu Jesus yang disalib ?
07. Masa "pengakuan" ada orang mengadu kehilangan barang pada paderi, dan paderi pun menasihatinya supaya bersabar, seminggu kemudian datang pula orang membuat "pengakuan" pada paderi, "aku lah yang mencuri barang dia", dan paderi pun menasihatinya agar jangan mencuri dilain kali serta memaafinya - Adilkah paderi tersebut ?
08. Kalau paderi pula buat salah, dia buat "pengakuan" pada siapa pula ?
09. Kenapa untuk menjadi Kristian yang baik kamu mesti berdakwah kepada orang lain ? Jika kamu berkata "ya" apa bukti kamu, kalau kamu kata "tidak" sila lihat (Matthew 28:19-20).
10. Mengapa Matthew dan Luke memberi berbezaan salasiah Jesus ?
11. Matthew mengatakan yang ramalan di Matthew 27:7 adalah dari Jeremiah, jelaskan bahawa ramalan itu bukan dari Jeremiah tetapi sebaliknya dari Zechariah (in Zech 11:12)?
12. Kenapa kita boleh "berdoa" tetapi tidak boleh "menyumpah" orang, kedua-dua perbuatan itukan "meminta" kepada Tuhan ?
13. Kenapa ada orang mati dalam tidur dan mati dalam keadaan ngeri, sedangkan orang yang mati dalam tidur itu adalah seorang yang sangat zalim dimasa hayatnya - Adilkah Tuhan kamu ?
14. Kenapa Kristian telah menuduh yang Yahudilah yang telah "membunuh" Jesus, sebaliknya puak Romanlah yang telah "mematikan" Jesus - ( New Testament anti-semetism, 1 Thessalonians 2:15).
Begitulah antara soalan-soalan yang kita telah kemukaan kepada puak-puak Kristian, kita juga meminta mereka menjawap dengan ikhlas berpandukan kepada Bible, Sebelum kita menggulung hujah kita, mari kita dengar apa pendapat mereka tentang Triniti.
Sebenarnya, dalam akidah Triniti, Tuhan terbagi kepada 3 oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Ruh Suci, dan Tuhan Anak - Inilah yang telah di pelopori oleh Paul, orang yang bertanggungjawap me"modified"kan Kristian, dan mahzab Kristian Mariamites yang beranggapan bahawa Mary, ibu Nabi Isa juga adalah Tuhan, disamping Tuhan Anak dan Tuhan Bapa. Malangnya mahzab ini telah di haramkan, kalau tidaknampak gaya, kenalah puak Kristian tambah satu lagi oknum !.
Pihak Roman Katholik, Mazhab terbesar Kristian telah pun membuat persiapan untuk menaikan taraf Mary kepada Co-redemptrix (pengampun dosa) dan Mother of God - (Quran telah merakamkannya). Pope John Paul II telah pun digesa untuk mengumumkan Rukun Iman kelima ini(Catholic Marian Gogma) sebelum tahun 2000. Jika ini berlaku, Rukun Iman Kristian kelima ini akan menyatakan Mary ialah Mother of God - Ibu Tuhan Mary ialah Maha Gadis -Ever Virgin Mary sendiri "immaculately conceived" (without sin), Mary naik kelangit dan ditabalkan menjadi "Queen of Heaven and Earth" Mary ialah Mediaterix of all Graces, Co-redemptrix and Advocate", dan puak Kristian Mariamites akan berseronok, kerana meraka merasakan yang akidah mereka betul, kerana pada pandangan mereka "..jika Jesus sebagai Tuhan yang lahir dari perut ibu yang melahirkannya, tentu ibunya ada kaitan dengan keTuhanan atau sebahagian dari Tuhan. Jadi Mary pun adalah Tuhan !.
Kristian telahpun ada lagu Doa Hail Mary. "Hail Mary, Mother of God, There Lord is with you...(dan seterusnya)". Kalaulah Jesus sudah berpangkat besar, mestilah ibunya lebih berpangkat besar darinya kan ?
Yang amat jelas kesemua puak-puak Kristian malu mengatakan Tuhan ada anak, sebaliknya mereka mengatakan sebagai lambang Tuhan sendiri yang datang memberi rahmat kepada ummat manusia. Oleh kerana Zat Tuhan (Bapa) adalah satu yang misteri atau transcendental, atas kesihan belas kepada ummat manusia yang tidak akan mencapai Zat Tuhan, maka Tuhan menjelma menjadi manusia dalam bentuk Jesus.
Trinity ini tidak terdapat langsung dalam Bible, sama ada the Old Testament mahupun New Testament - sila semak Bible sehelai-sehelai.
John 1:1. "Pada permulaannya ialah Kalimat, dan Kalimat itu bersama Tuhan, dan Kalimat itu ialah Tuhan" ialah ayat yang sering digunakan oleh pendakyah Kristian untuk membuktikan keTuhanan Yesus. Mereka menganggap "Kalimat itu (Logos) menjadi darah daging and hidup bersama kita"
Paul yang menganggap bahawa Jesus itu ialah Tuhan, berdasarkan John 1:1, dan dialah juga bertanggungjawap menaikkan status Holy Spirit ketahap keTuhanan.
Kemudian, Athanasius, seorang pegawai gereja Mesir dari Iskandariah yang hidup selepas tiga abad selepas Jesus, telah membuat satu Formula untuk mengajar Trinity, dan mengikutnya ujudnya, Tuhan Bapa, Kalimat atau Anak dan Roh Suci(Holy Spirit) adalah tiga unsur yang diintegrasikan menjadi satu Unsur, dan ini mula diterima-pakai oleh Majlis Nicaea pada 325 Masihi,
Pegangan Athanasius, kemudiannya disahkan menjadi pegangan Trinity pada Persidangan Autun disekitar 663 CE, iaitu sebelum kemunculnya Nabi Muhammad lagi.
Dalam persidangan ini, ada puak minoriti yang tetap mengatakan Jesus adalah "hamba Tuhan", walaubagaimanapun, puak ini ditentang hebat oleh puak majoriti, akhirnya melalui Demokrasi, maka Majoriti telah memenagi minoriti.
Kalau berbalik pada John 1:1. "Pada permulaannya ialah Kalimat, dan Kalimat itu bersama Tuhan, dan Kalimat itu ialah Tuhan" dari sini kita akan dapati ada dua Tuhan disini, iaitu Jesus sebagai Tuhan dan Tuhan kepada Jesus, oleh kerana Bible penuh dengan pencanggahan, maka:

01- Deuteronomy 4:39, "... bahawa dia ialah Tuhan di atas langit, di bawah bumi dan di antara keduanya; tiada yang lain"
02- Deuteronomy 6:4, " Dengarlah wahai Israel : Tuhan kita ialah Tuhan yang satu"
03- Isaiah 43:10-11, "... bahawa engkau harus mengetahui dan mempercayai Aku, dan faham bahawa Aku ialah Dia; sebelum Aku tiada Tuhan lain, tiada juga selepas Aku, Aku bahkan Aku, adalah Tuhanmu dan di samping Aku tiada penyelamat "
04- Isaiah 45:18 " Kerana demikian kata Tuhan yang mencipta langit, Tuhan sendiri yang membentuk dan mencipta bumi; dibangunkan olehNya, Dia mencipta tidak sia-sia, dibentuk olehNya untuk dihuni ; Akulah Tuhan; dan tiada Tuhan yang lain".
05- I Timothy 2:5, " Kerana Tuhan itu satu, dan seorang perantara di antara Tuhan dan manusia, MANUSIA itulah ISA"
05- Begitu juga dengan Deuteronomy 4:35, Exodus 8:10, Hosea 13:4. I Corinthians 8:4, Psalms 86:8,89.
06- Matthew 15:9. "Jadikan ini senjata. Isa berkata," Tetapi sia-sia sahaja mereka menyembah aku, dan mengajar doktrin iaitu perintah dari manusia"
Berdasarkan ayat-ayat di atas, percanggahan yang ketara cukup jelas. John mengatakan Isa itu Tuhan TETAPI ianya dinafikan oleh ayat-ayat Bible yang lain, walaupun begitu, puak-puak Kristian lebih mempercayai Paul, si ulamak Kristian itu, lebih daripada Bible mereka sendiri !.
Kita juga telah membincangkan, semasa dia disalib, pada hujung-hujung nafasnya dia merayu kepada Tuhannya "Tuhanku, Tuhanku, mengapa engkau meninggalkan aku" ( Matthew 27:46), takan pula Tuhan takut mati, atau Tuhan takut disalib, atau Tuhan Anak merayu kepada Tuhan Bapa, yang dianya takut mati!.
Kalau kita kembali lagi kepada Triniti - "Tuhan, Jesus, Roh Suci", maka John 5:7-8, " Oleh kerana ada tiga yang menanggung catitan di langit, Bapa, Kalimat dan Roh Suci; dan ketiga-tiga ini adalah satu. Dan ada tiga yang menjadi saksi di bumi, roh, air dan darah; dan ketiga-tiga ini bersetuju dalam satu"
Inilah ayat yang konon-kononnya menjadi dalil yang kukuh dalam membentuk Doktrin Trinity. Namun, ayat "Bapa, Kalimat dan Roh Suci; dan ketiga-tiga ini adalah satu" telah dihapuskan dari The Revised Standard Version dan dalam banyak kitab-kitab Injil dewasa ini. ( Mereka padam lagi!) kerana I John 5:7-8, yang terdapat dalam The New American Standard Bible ditulis seperti berikut, "Dan bahawa Roh yang menjadi saksi, kerana Roh itu benar. Tiga yang menjadi saksi, roh air, dan darah, dan ketiga-tiganya dalam persetujuan" dan yang lebih tak logik lagi John 17:21. melaporkan," Bahawa mereka (para murid) semua mungkin satu, sebagaimana engkau, Bapa, di dalam aku dan aku di dalam engkau, bahawa mereka boleh juga menjadi salah satu dari kita......."
Apa yang John berkata, Tuhan dan Jesus adalah satu, tetapi para murid juga adalah satu dalam Tuhan dan Jesus. Jika Jesus itu Tuhan kerana dia di dalam Tuhan, mengapa para murid itu bukan Tuhan, kerana mereka juga dalam Jesus dan Tuhan?
"JIKA Tuhan, Jesus dan Roh Suci membentuk satu unit Trinity, tentulah jika termasuk para murid (katakan XX) itu, maka mereka akan membentuk satu unit Tuhan dari XX bahagian Trinity.
Tetapi ayat John 4:24. " Tuhan ialah Roh....." John 5:37. " .....engkau tidak dapat melihat suaranya dan bentuknya " I Timothy 6:16. " ....ia yang belum pernah dilihat dan tidak boleh dilihat..."
Amat jelas, yang Bible sendiri menolak yang Jesus itu adalah Tuhan, inilah ayat-ayat dari Bible kamu, tidak lebih dari itu !
Jadi, jika Tuhan tetap Tuhan, Jesus tetap Jesus, maka siapa Roh Suci?
Roh suci diterangkan di Matthew 1:18. "Kelahiran Isa adalah seperti ini: Semasa sebaik sahaja ibunya Mariam dinikahkan dengan Yusuf, sebelum mereka bercampur bersama, dia telah didapati mengandungkan anak dari Roh suci"
Bandingkan dengan Luke 1 : 26 - 27. "Dan dalam masa enam bulan itu malaikat Jibril telah diutus dari Tuhan kepada kota di Galilee, dinamakan Nazareth, kepada seorang dara yang dinikahkan dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf, dari rumah Daud; dan nama dara itu ialah Maryam".
Bandingkan! Jelas pada kita dalam keajaiban kelahiran Nabi Isa, Matthew menyebut Roh Suci dan Luke menyebut malaikat Jibril. Kesimpulannya, Tuhan tetap Tuhan, Jesus tetap Jesus, Roh Suci itu malaikat Jibril!
Jadi, adakah Trinity itu satu yang benar? Tentu sekali-kali TIDAK, Manakan sama Tuhan, Malaikat dan Manusia adalah satu, ini adalah tiga unsur yang berbeza, dimana Tuhanlah yang menciptakan Malaikat dan Manusia.
Bible gagal dalam mencari jalan keluar dalam permasaalah yang mereka peloporinya dahulu, inilah akibatnya menggambil Taurat dan Injil, lalu me"modified"kan untuk meyesuaikan dengan keadaan mereka, dan hasil kerja tangan kotor mereka, maka terbitlah dua kitab baru yang dinamakan Old Testament dan New Testament.
Bertambah anih lagi, bila mereka ingin pula beriman dengan kitab karya gubahan mereka, malang dan berjuta kali malang, manakan sama ayat-ayat Tuhan dengan ayat-ayat nukilan manusia, maka dengan sebab itulah ayat-ayat "Bible" terdedah untuk menjadi "shooting target".
Tetapi, itu tak menjadi hal pada si Kristian, walaupun fakta demi fakta diberi dihadapan muka mereka, namun bagi kaum yang tidak mahu berfikir, mereka tetap sama, malah mereka menggundang pula satu formula, biar apa pun orang berkata, namun pasti Jesus penyelamat ku.
Katakan pula pada mereka, biar apa pun orang berkata, namun tempat bagi orang-orang yang syrik adalah di dalam neraka Allah.
Seperti yang telah kami bentangkan didalam bab-bab yang lepas, ingin sekali lagi kami menegaskan bahawa kami telah mendapati puak-puak Kristian telah bermati-matian untuk mengajak umat Islam supaya turut serta dengan mereka, dan kini mereka lakukan secara terang-terang dan terbuka pula.Dahulunya mereka hanya menggunakan perkataan Tuhan, maka sekarang mereka telah menukarkan perkataan tersebut kepada sebutan "Allah". Ini tidak lain hanyalah pada hasratnya untuk mengelirukan kita, bahkan kini, telah timbul pula satu kesedaran kepada mereka dimana mereka berkata pula, Yessus bukanlah anak Allah, tetapi satu daripada oknum Allah !.
Apa yang ingin kami memperkatakan disini, ialah kami sesungguhnya telah menolak Jesus, tetapi kami menerima Nabi Isa, kami menolak Moses, tetapi kami menerima Nabi Musa, kami menolak Bible, tetapi kami menerima Injil, begitu juga kami menolak mana-mana perubahan yang telah dibuat keatas kedua-dua kitab tersebut.
Kami juga ingin menjelaskan bahawa bahawa diawal Bab pertama lagi Kristian telah mengakui akan kebenaran Quran, buktinya mereka telah menggunakan beberapa ayat-ayat untuk menguatkan hujah-hujah mereka, maka kami telah memperjelaskan ayat-ayat Quran yang mereka gunakan itu. Mereka cuba berselindung dibalik nombor-nombor ayat, dan cuba memutarbelitkan ayat-ayat tersebut. Cubaan mereka telah kami gagalkan.
Seterusnya, mereka telah mengangkat Bible dengan begitu tinggi sekali, tapi malang sejuta kali malang, niat mereka tidak kesampaian, kami patahkan hujah-hujah mereka dengan menggunakan ayat-ayat dari Bible mereka sendiri,, dan yang lebih penting, kami tunjukan beberapa ratus penipuan yang mereka telah lakukan.
Mereka berbangga dengan konsep-konsep Trinity, penghapusan dosa, dosa awal, dan entah bermacam-macam konsep yang lain, sekali lagi, konsep-konsep tersebut dipatahkan juga dengan Bible mereka sendiri.
Apa sahaja yang mereka lakukan., kami sungkurkan mereka - Mengapa ? Setiap konsep, idologi, ism-ism, falsafah-falsampah, kata-kata hikmat, ataupun kitab bikinan manusia - pasti ada cacat dan celanya, itulah pendekatan yang kami ambil, sebab itulah, kami menulis semua ini, kerana kami ingin memberitahu pada mana-mana insan yang ingin MURTAD, supaya mengkaji kembali, adakah ini ugama yang benar di sisi Allah ?.
Dan bagi yang telah pun Murtad, badingkanlah kemurnian Quran dengan "Bible" yang berkeceramuk, bandingkan hukum-hakam didalam Quran dengan "Bible" yang bercempera, dan teruskan perbandingkan konsep serta idologi-ideologi Quran dengan "Bible" yang haru- biru itu.
Ingatlah, selagi jantung masih bedenyut, selagi akal masih berfungsi, dan selagi hayat di kandung badan, ini mungkin saat yang terakhir buat anda, berbuatlah apa yang anda fikirkan benar, dan ingatlah, pintu taubat masih terbuka luas.
Tugas kami hampir selesai, semua fakta telah kami bentangkan di depan muka anda, dan kami pun berbicara bahasa anda, sekali lagi kami tegaskan jika kamu bercakap dengan Bible, kami juga akan bercakap dengan Bible, kalau kamu cakap dengan ayat-ayat Quran, maka kami juga akan menggunakan ayat-ayat Quran.
Sekarang kami akan kembali kepada kata-kata kamu yang dahulu, biarlah Quran menjadi penentu, iaitu untuk penentukan yang hak dan batil, maka Quran yang menjadi Pembeda itu, akan sekali lagi membeda yang hak dan batil.
(3:3) Dia menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil,
(4:136) Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
Berbalik kepada Nabi Isa, Allah telah menegaskan bahawa Allah telah mengirim Rasul pada setiap umat, dan para-para Rasul dan dan para-para nabi Allah semuanya adalah manusia belaka, yang membezakan mereka dan kita, ialah mereka adalah manusia pilihan dan diberi beberapa mukjizat yang bersesuai dengan masa dan ketika itu, dan kita pula hanyalah manusia biasa.
Tujuan kedua-dua golongan ini dijadikan adalah supaya, umat-umat pada zaman itu menjadikan mereka contoh atau tauladan, idola, atau sebagai role-model untuk diteladani. Dan para-para Rasul dan dan para-para nabi Allah, tidak lain hanyalah menyampaikan amanah Allah, dan awaslah jika perintah ini tidak dituruti :
(28:59) Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.
(7:34) Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
(7:38) Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka". Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui".
(16:84) Dan (ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (rasul), kemudian tidak diizinkan kepada orang-orang yang kafir (untuk membela diri) dan tidak (pula) mereka dibolehkan meminta ma'af.
Pun begitu setiap umat mempunyai rasul mereka sendiri, tetapi Nabi Muhammad mempunyai tanggungjawap yang lebih besar, iaitu baginda menjadi saksi kepada dari zamannya dan sehingga kepada saat berlakunya kimat.
(16:89) (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.
(16:36) Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
Begitulah setiap rasul hanya menyuruh menyembah Allah dan tidak ada satu rasulpun yang mengaku dia adalah Allah, anak Allah atau sebahagian dari Allah, dan message yang kedua penting ialah supaya jangan menyembah Thaghut !, tetapi perlu difahami kepercayaan serta keimanan kepada Allah tidak berubah sejak dari zaman nabi Adam sehingga nabi Muhammad walaubagaimanapun perbezaan hukum syariat diantara satu umat dan satu umat yang lain adalah berubah, Firman Allah:
(22:67) Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syari'at tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syari'at) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.
(5:72) Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
Kami amat berhati-hati untuk menggambil ucapan Bible pada kali ini, tetapi ayat-ayat Bible pada kali ini, hanyalah sebagai pembuka minda, perlu juga diperhatikan penafsiran kami lebih terbuka jika dibandingkan pada di bab-bab yang terdahulu. ini kerana kami menggangap fikiran kamu tidak lagi buntu, buntu-buntunya.
Matthew 15 : 24. "Aku tidak diutus melainkan untuk kambing yang hilang dari rumah Israil"
Jesus sekali lagi berkata, dialah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah rasul pada zaman umat tersebut, dan tujuanya ialah megembalikan keyakinan serta akidah umatnya pada zaman itu dan pada-pada masa-masa hampir tiba keakhiran umat itu Bible merakamkan John 14:16. "Dan aku berdoa kepada Bapa, dan Dia akan memberi kamu penolong lain, yang akan kekal bersama kamu selamanya".
Kami beranggapan yang mungkin Jesus ingin mengisyaratkan bahawa ada lagi Nabi yang akan datang kepada umat tersebut. sebagaimana Matthew 21:43.
"Oleh kerana itu, kataku kepada kamu, kerajaan Tuhan akan diambil dari kamu, dan akan diberikan kepada satu bangsa yang akan membawa faedah". Kenapa dirujuk pada satu bangsa yang akan membawa faedah ?, Adakah kerana mereka telah me"modified"kan solat mereka ? Psalm 95 : 6. "Wahai kemarilah, mari kita menyembah dan tunduk ke bawah; mari kita sujud kepada Tuhan yang membuat kita"., serta Genesis 17 : 3. "Dan Ibrahim menjatuhkan mukanya di atas tanah; dan Tuhan bercakap-cakap dengannya....." atau telah meninggalkan wudu' sebelum solat mereka, tidak menjalankan perintah Allah atau seperti yang Al Quran merakamkan di ayat (3:80) dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai Tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah (menganut agama) Islam?" dan beratus-ratus pembohongan yang lain ?.
Sekali lagi Bible turut merakamkan Jeremiah 28 : 9
"Nabi yang datang membawa keamanan, apabila kalimat nabi itu akan berlaku, kemudian akan diketahui bahawa dia telah diutus Tuhan", ini menjelaskan lagi bahawa ada lagi nabi selepas Jesus, dan ini sekali lagi diperkukuhkan oleh Matthew 10 : 34. "Jangan fikir bahawa aku datang untuk membawa keamanan di muka bumi ini........."
dan Zephaniah 3 : 9 mengatakan
"Kerana kelak Aku akan memalingkan manusia kepada bahasa yang tulin, bahawa mereka akan memanggil nama yang sama bagi Tuhan, untuk menyembahnya dengan satu persetujuan". Nampak ayat ini sahaja menerangkan bahawa akan ada umat yang akan datang memanggil Tuhan dengan satu nama siapakah umat itu - adakah Kristian yang ada Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Roh Suci, Tuhan Ibu, Johovah, dan entah bermacam-macam nama lagi atau Islam yang memanggil Tuhan mereka hanya dengan satu nama iaitu "Allah".
Ingatkah lagi pada perbingcangan kita pada ayat John 1 : 20 - 21. Dan dia berkata :
Aku bukan Elias. Adakah engkau nabi itu? Dan jawabnya, bukan". dan jika nabi terakhir itu bukan Jesus, bukan Yahya dan bukan juga Elias - jadi, siapakah Nabi yang terakhir yang sedang ditunggu -tunggukan oleh mereka itu ???
Ingatkah lagi pada perbingcangan kita pada Deuteronomy 18 : 18
"Aku akan bangkitkan seorang nabi di kalangan saudara mereka, serupa dengan engkau (Musa), dan akan meletakkan kalimat kalimatKu di dalam mulutnya dan dia akan mengatakannya kepada mereka semua yang aku perintahkan kepadanya".
Siapakah yang "dikalangan saudara mereka" dan "serupa dengan "Musa", yang berkelahiran biasa, yang berkahwin serta mempunyai zuriat, yang berhijrah, yang bertembung dengan musuh dan menghadapi kematian secara biasa - kalau tidak Nabi Muhammad - siapa lagi ??
Sekali lagi ingin kami menegaskan yang Paul adalah yang menganggap bahawa Jesus itu ialah Tuhan, berdasarkan John 1:1, dan dialah juga bertanggungjawap menaikkan status Holy Spirit ketahap keTuhanan, manakala konsep Trinity dibawa oleh, Athanasius, seorang pegawai gereja Mesir dari Iskandariah yang hidup selepas tiga abad selepas Jesus, telah membuat satu Formula untuk mengajar Trinity, dan mengikutnya ujudnya, Tuhan Bapa, Kalimat atau Anak dan Roh Suci (Holy Spirit) adalah tiga unsur yang diintegrasikan menjadi satu Unsur, dan ini mula diterima-pakai oleh Majlis Nicaea pada 325 Masihi, dan pegangan Athanasius, kemudiannya disahkan menjadi pegangan Trinity pada Persidangan Autun disekitar 663 CE.
Dan dengan usul yang dinamakan Demokrasi ini lah maka, ada puak minoriti yang tetap mengatakan Jesus adalah "hamba Tuhan", dikalahkan oleh puak majority. Mengapakah puak Kristian telah "menghilangkan" Bible BARNABAS ?. Adakah ianya mempunyai satu nilai "sejarah" penting yang hendak dihilangkan buat selama- selamanya ?. Mengapa puak Kristian sering melaung-laungkan yang Bible Bernabes, yang mempunyai KERAGUAN, itu mesti "di musnahkan" dari alam ini ?. Dan perhatikanlah dengan mata kita sendiri berbezaan kedua-dua terjemahan tersebut:
Ini dari Bible Bernabas:
Psalm 110:1. "Raja berkata kepada rajaku. Duduklah engkau pada tangan kananKu, hingga Aku menjadikan musuh-musuhmu sebagai pengalas kakimu" Ini dari Bible Moden punya:
Pslam 110:1 "Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu."
Janganlah kita melihat Nabi Daud sepertimana yang digambarkan oleh Bible, anggaplah kita melihat Nabi Daud sebagai seorang nabi yang soleh. Maka menurut ayat ini, ada DUA raja. Ayat ini berkonsep ke'Tuhan'an ini, kerana Nabi Daud hanya mengakui keEsaan Tuhan. Jika raja yang pertama itu Tuhan, pasti raja yang kedua itu bukan lagi Tuhan kerana Nabi Daud itu mengakui Tuhan itu satu. Jadi ayat ini harus ditafsir begini, " Tuhan berkata kepada rajaku.....". Jika raja yang pertama itu Tuhan, siapakah raja yang kedua pula ?
Seandainya ditanya kepada umat Kristian, siapa raja yang kedua itu, mereka dengan bangganya mengatakan raja itu ialah Yesus. Opss.... nanti dulu, Terdapat 3 tempat dalam Bible yang mencatitkan penafian Yesus, iaitu: 
Matthew 22 : 43 - 45. Mark 12 : 35 - 37 dan Luke 20 : 41 - 44: "Tetapi Yesus berkata kepada mereka: "Bagaimana orang dapat mengatakan, bahwa Jesus adalah Anak Daud? Sebab Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuh-Mu menjadi tumpuan kaki-Mu. Jadi Daud menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?"
Jadi, Isa menafikan gelaran 'raja' dalam Psalm 110:1. sebab itulah Injil Barnabas di'hilang'kan. Ada pendapat mengatakan bahawa Barnabas meramalkan 'raja' yang dikatakan dalam Psalm atau Mazmur itu merupakan seorang nabi yang akan lahir dari keturunan Nabi Ismail melalui anak keduanya 'Kedar'. Bahkan ada juga pendapat mengatakan nama nabi itu tertulis terang dalam Bible Barnabas. Siapa raja segala nabi? Carilah bukti dari keseluruhan Bible Barnabas yang hilang itu, jika tersebarnya nanti maka akidah seluruh puak Kristian akan hancur berderai, seperti jatuhnya manik-manik hitam yang halus bertaburan di lantai marmar yang putih melepak.
Kerana kurangnya bukti, kita harus mengetahui siapa sebenarnya Barnabas. Dalam The Holy Bible, New King James Version (1982), keterangan mengenai Barnabas terdapat dalam Acts 4:36-37/9:27/ 11:22-25,30/12:25/13:1-13,43-52/14:12,20/15:24. I Corinthians 9:6. Galatians 2:1,9,13, Colossians 4:10.
Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai Barnabas (mengikut keterangan Bible) ialah Barnabas itu seorang pendakwah. Barnabas itu seorang yang ber'hijrah' untuk menyampaikan ajaran yang dibawa Nabi Isa. Dia juga seorang alim. Dia juga pernah memarahi umat zamannya di khalayak ramai kerana mereka melakukan kemungkaran. Barnabas juga seorang pendakwah yang mengajak manusia ke arah menyembah Tuhan. Tidak dinafikan juga bahawa pada zaman Nabi Isa, ada orang-orang beriman yang tidak memalingkan ayat Allah. (3:52) Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.
Terjemah Al Qur'an, mereka ini disebut para sahabat Hawariyin. Lalu tanyakan kepada ulamak tertinggi Kristian, atas alasan apa mereka mengatakan Injil Barnabas itu eragukan lantas dihapuskan, bilamana dalam Acts 11 : 24 tertulis begini. " Kerana dia (Barnabas) ialah seorang lelaki yang baik; dan penuh dengan Roh Suci dan keimanan dan banyak orang telah bertambah kepada Tuhan".
Adakah layak untuk menghapuskan keterangan orang yang baik lagi beriman dan mengajak umat manusia ke jalan Tuhan? Mengapa Injil Barnabas harus dihilangkan bila Bible itu sendiri mengakui Barnabas itu seorang yang beriman?
Keluarkanlah, kembali Bible Barnabas, jika mereka orang yang benar - Tentu tindak mungkin bagi puak-puak Kristian ingin menghancurkan amalan Thoghut mereka !
Kami memiliki injil Gospel of Barnabas yang di dalamnya disrtakan beberapa appendix. Antara appendix itu ialah tentang "The Holy Prophet Muhammad foretold in ancient scripture". Seperti lain-lain edisi Gospel of Barnabas, edisi yang saya ada juga merupakan terjemahan dari bahasa Greek ke English olih Lonsdale dan Laura Ragg yang diterbitkan olih Oxford, Clarendon Press pada tahun 1907, yang dipublish olih International Islamic Pub. Karachi.
Kami beli "Gospel of Barnabas" dari Islamic Vision, Birmingham, UK. Buku in dicetak oleh Muslim Educational Trust, Lahour. Sebelum ini kami dapati dari cetakan lain, yang dipenuhi dengan banyak komentar serta beberapa kajian terhadap kitab-kitab agama lain (agama Parsi kuno, Hindu ) yang dijumpai di dalamnya beberapa kenyataan yang membayangkan kedatangan seorang penyelamat dunia, bahkan ada di antara ayat itu mempunyai petunjuk khusus kepada tanah Arab, dan nama "Muhammad", "Mahomet", "Mehmet" atau seumpamanya yang menjurus kepada Nabi kita, nabi Muhammad.
 Buku yang kami miliki sekarang tiada disertakan dokumen sedemikian rupa, cuma sedikit ulasanoleh M A Yussef yang mengkaji buku ini dan mengaitkan beberapa kejadian yang tercatit di dalamnya, dengan beberapa dalil yang disebutkan di dalam al-Qur'an.
Saiznya agak tebal (229 mukasurat) berbanding dengan empat gospel yang terdapat di dalam Bible, yang merupakan penceritaan pengalaman peribadi dan huraian dari kacamata Barnabas, di sepanjang bersama Jesus. Antara rujukan yang masih terdapat di dalam Bible mengenai perihal Barnabas ini ialah di dalam Epistle to the Colossians (New Testament), 4:10) yang berbunyi : "If he (Barnabas) comes unto you, receive him". 
Namun demikian, atas sikap berhati-hati, kami tidak dapat memastikan secara sahih apakah ia benar-benar ditulis oleh sahabat Nabi Isa(AS), kerana maklumat yang diperolehi tidak mencukupi. Walaupun kandungannya setakat yang saya baca, tidak dijumpai sebarang percanggahan terang dengan nas al-Qur'an dan as-sunnah, bahkan sejalan pula dengan kefahaman jumhur ulama mengenai beberapa peristiwa seperti penyaliban, diangkat ke langit dll, ia tidak sampai ke taraf untuk diguna sebagai hujjah naqli.
Walau bagaimanapun, buku ini baik untuk dibaca untuk melihat "full story on Jesus", di suatu perspektif yang tidak bercanggah dengan Islam (setakat yang kami ketahui sahaja), dan memahami kisah Baginda dalam satu perspektif yang lebih baik dan lebih jelas berbanding dengan perspektif mengelirukan di dalam Bible.
Kami memerturunkan kisah penangkapan dan penyaliban "Jesus" ini mengikut perspektif Gospel of Barnabas dan izinkan kami menggunakan bahasa sendiri untuk meringkaskan kisah ini yang dijelaskan secara terpperinci dalam buku tersebut.
Menurut Gospel of Barnabas, Judas telah mengetuai gerombolan untuk menangkapJesus kerana ingin menunjukkan tempatnya. Pada waktu itu, Jesus sedang bersembahyang di halaman rumah manakala para sahabatnya sedang nyenyak tidur. Apabila mendengar kedatangan gerombolan tersebut, Baginda telah masuk ke dalam rumah. Ketika itulah, para malaikat yang diketuai oleh Jibril mengangkat Baginda daripada muka bumi dan diletakkan di atas langit ketika dengan ditemani oleh para malaikat.
Judas mengetuai gerombolan memasuki rumah sejurus sebelum askar, mencari-cari Jesus. Pada waktu inilah, Allah telah merubah rupa bentuk dan percakapannya mirip Jesus. Apabila para sahabat terjaga, mereka sendiri menyangkakan beliau adalah Jesus, tetapi dinafikan. Pada waktu itulah para askar datang dan menangkapnya yang disangkakan sebagai Jesus. Judas cuba menafikan dengan menyatakan beliau adalah Judas Iscariot yang mengetuai mereka untuk menangkap Jesus. Mendengar penjelasan sedemikian, para sahabat melarikan diri dan membiarkan Judas ditangkap oleh para askar yang sudah terkeliru.
Judas telah disoal jawab, hingga akhir sekali oleh Herod sendiri. Tindakan beliau yang meracau telah menaikkan kemarahan Herod sehingga beliau dipukul dan dihina oleh para askar, tapi tidak mati. Ketua pendita yahudi yang menyangkakan beliau sebagai Jesus, khuatir beliau akan dibebaskan semula oleh Gabenor P. Pilate [beliau memang meminati Jesus, dan sudah keliru kerana sikap "Jesus" itu berlawanan sekali dengan Jesus yang beliau kenal] telah membayar wang untuk mendapatkan "Jesus". Golongan pendita dan puak Yahudi inilah yang kemudianya yang mengarak "Jesus" ke Gunung Cavalry di mana beliau dipaku kepada palang(cross) secara bogel, bersama-sama dengan 2 orang perompak lain.
Di palang itulah Judas meraung mengulang-ulang perkataan "Eli, eli lama sabathani" (God, why hast thou forsaken me), seeing the male factor has escaped and I die unjustly ?". Suaranya memang mirip suara Jesus menyebabkan ramai para pemerhati bahkan para sahabatnya pun keliru melihat kematian "Jesus", sehingga ada yang mula tidak percaya kepada ajaran Jesus kerana Jesus pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan mati, sehinggalah dekat dekat dengan hari Qiamat. Para sahabat tetap dengan ajaran Jesus walaupun masih keliru dengan apa yang berlaku, kembali ke rumah masing-masing, di mana penulis(Barnabas) berserta John, James pulang bersama Maryam ibu Jesus ke Nazareth.
Pada malamnya, dua orang pengikut Jesus yang tidak bertaqwa (komen kami: mungkin taasub) mencuri mayat Judas dan menyembunyikannya, kemudian menyebarkan berita palsu bahawa Jesus telah hidup semula, sehingga menimbulkan lebih banyak kekeliruan. Mendengar cerita begini, Maryam menangis dan berkata :"Let us go to Jerusalem to find my son, I shall diecontent when I see him".
Perihal ini diberitakan kepada Jesus yang berada pada langit oleh para malaikat, lalu Jesus berdoa ke hadrat Allah untuk berjumpa dengan ibu serta para sahabatnya. Allah telah memakbulkan permintaannya, lalu memerintahkan 4 malaikat; Gabriel, Michael, Rafael dan Uriel untuk membawa turun Jesus ke rumah ibunya.
Di sana telah berkumpul para sahabat, Martha, Mary Magdalena dan Lazarus. Di sinilah Jesus menjelaskan perkara sebenar dan menyampaikan beberapa pesanan terakhir kepada para sahabatnya. Baginda juga menjelaskan kekeliruan dan kisah bohong terhadap baginda akan berterusan sehinggalah kebangkitan MUHAMMAD, yang akan menjelaskan hal sebenar.
Jesus juga berpesan kepada penulis (Barnabas) untuk merakamkan semua peristiwa yang berlaku, supaya golongan yang jujur beriman tidak tertipu. Baginda juga menyuruh para sahabat mengumpulkan para pengikutnya untuk pertemuan terakhiri sebelum berangkat semula ke langit pada hari ketiga. 
Mereka semua berkumpul di Mount of Olives, beribadat dan menangisi perpisahan yang bakal berlangsung. Antara amanat terakhir Baginda ialah :
"Do ye then hold me and God for liars? For God hath granted to me to live almost unto the end of the world, even as I said unto you. Verily I say unto you, I died not, but Judas the traitor. Beware, for Satan will make every effort to deceive you, but be ye my witnesses in all Israel, and throughout the world, of all things that ye have heard and seen".

Setelah itu baginda diangkat semula ke langit.

Barnabas menamatkan bukunya dengan menyatakan (Bab 222): "After Jesus had departed, the disciples scattered through different parts of Israel and of the world, and the truth, hated, of Satan, was persecuted, as it always is, by falsehood. For certain evil men, pretending to be disciples, preached that Jesus died and rose not again. Others preached that he died, but rose again. Others preached, and yet preach, that Jesus is the Son of God, among whom is Paul deceived. But we, as much as I have written, that preach we to those who fear God, that they may be saved in the last day of God's Judgement. Amen.
 Buku tersebut boleh dibeli dari :
 Islamic Vision
481 Coventry Road,
Birmingham B10 0JS
United Kingdom
 Tel: 0121 773 0137 Fax: 0121 766 8577
 ( Terimakasih Rozi Muda - semoga Allah merahmati anda sekeluarga ).
Bacakanlah lagi petikan-petikan di bawah ini, semoga niat untuk Murtad akan lebih kendur, Ini kami petik dari The International Standard Bible Encyclopedia dan Kamus Smith's Bible, dan tujuan kami supaya kamu dapat mengembalikan hak keatas yang bathil.
The International Standard Bible Encyclopedia. AS Fulton : "..... dari suku-suku Ismailiah, Kedar mungkin merupakan salah satu dari suku yang paling penting, dan oleh kerana itu di kemudian hari nama itu dihubungkan dengan semua suku-suku yang terdapat di padang pasir.
Melalui Kedar (Arab-Keidar)lah genealogist menjejaki keturunan Nabi Muhamad sehingga kepada Ismail".
Kamus Smith's Bible menyebut,
"Kedar (Hitam). Anak kedua Ismail (Genesis 25-13)..... dan salasilah Muhamad dijejaki hingga kepada Nabi Ibrahim melalui suku Quraisy yang dihormati, yang muncul dari Kedar. Orang Arab di Hijaz dipanggil Bani Harb (perang) dan berasal dari Bani Ismail. Palgrave mengatakan bahawa bahasa mereka masih lagi asli sepertimana masa Al-Quran dibukukan (610M) dan masih kekal tanpa diubah selama lebih dari 1200 tahun, yang merupakan satu bukti yang baik dari Institusi Ketimuran".
Jadi, ramalan tentang 'raja' yang disebut dalam Psalm 110 : 1 itu tidak dapat tidak, jatuh pada seorang nabi akhir zaman. Raja segala nabi. Maka gerangan siapakah lelaki aggung yang amat dinanti-nantikan ini ?.
Firman Allah. (3:187) "(Ingatlah) ketika Allah mengambil janji orang-orang ahli kitab; Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan jangan kamu sembunyikan, lalu mereka melemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya (tidak ditepati) dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit. Maka amat jahatlah barang yang mereka jual itu".
Demikianlah rencana jahat mereka, yang kami bentangkan, nampak gaya "sampul surat rahsia" mereka telah terbuka luas.Untuk lebih meyakinkan lagi, mari kita buat satu post mortem tentang kelahiran dan "penyaliban" nabi Isa . ( pada kontek ini kami tekankan " " ).
(3:45) (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih 'Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).
(3:59) Sesungguhnya misal (penciptaan) 'Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
(4:171) Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, 'Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.Kalimat itulah "Kun Fa Ya Kun ", iaitu "Jadilah maka jadilah dia",
(3:55) (Ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang- orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan diantaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya".
(4:157) dan karena ucapan mereka : "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, 'Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) 'Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah 'Isa.
(4:158) Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Nah, kedua-dua ayat yang berterusan telah menceritakan hal tersebut, yang amat penting "kematian" Nabi Isa adalah secara terhormat, baginda "diangkat" kepada Tuhanya, hanya itulah yang diberitakan oleh Al Quran. Itulah ayat-ayat yang benar dari Allah, kami takut untuk membuat kesilapan, untuk lebih memperjelaskan maksud ayat, atau nak menterjemah ayat "diangkat" sehingga semua orang faham, kerana kami takut, kami akan merosakan mutu, makna, serta maksud ayat tersebut, demi Allah yang nyawa kami ditanganNya, kami tak berani nak buat semacam kamu !.Bagaimana Allah "mengangkat" Nabi Isa kepadaNya - itu hak Allah, jangan tanya, kelak syaitan akan mula datang menyuruh menokok tambah ayat-ayat Allah, yang amat kami pasti " Wa Samik' Na Wa Atuk' Na - kami dengar dan kami patuh", kami sangat-sangat takut untuk membantah apa yang kami tidak ketahui, kerana Quran telah memerintahkan: 
(3:65) Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah membantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir? " dan ayat seterusnya:
(3:66) Beginilah kamu, kamu ini (sewajarnya) bantah membantah tentang hal yang kamu ketahui, maka kenapa kamu bantah membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui ?; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."Ada ulamak Islam mengatakan bahawa Nabi Isa akan kembali sebelum hari kiamat dan akan berlawan dengan Dajjal serta menjadi pengikut Nabi Muhammad. Tapi mengikut pandangan seorang Professor Islam Indonesia (terlupa nama buku yang ditulis beliau), bahawa pandangan ini adalah pandangan ulamak-ulamak Islam zaman silam yang terpengaruh dengan ajaran Kristian (the second coming of Jesus) dan ajaran tersebut tak ada disebutkan didalam AlQuran dan mengikut pendapat beliau tak mugkin Nabi Isa boleh hidup dilangit didalam keadaan asalnya seperti manusia biasa yang mengikut naluri perlu makan & minum.
Siapa yang diserupakan dengan Isa ?
Judas Iscariot (Yahuza) adalah merupakan salah seorang diantara 12 pengikut setia Nabi Isa. Dia mengkhianati Nabi Isa dengan membawa tentera Romawi untuk menangkap baginda. Usahanya itu dibayar dengan 30 keping wang perak. Setelah menyesali akan perbuatannya, dia telah menggantung dirinya sendiri. Akan tetapi, perkara menggantung diri ini cuma disebut dalam Matthew. Ianya tidak diceritakan dalam, Mark, Luke dan John sedangkan keempat-empat Injil ini menceritakan perkara penyaliban Isa. Soalannya, adakah benar Yahuza menggantung diri? Penggantungan diri ini sering dibesar-besarkan namun sukar dibuktikan kesahihannya kerana tiga injil lain tidak menyebut perkara ini. Kalau kita ambil majoritinya, penggantungan diri Yahuza ini tidak wujud. Oleh kerana penyaliban Jesus diceritakan oleh Kristian, maka sebab itu kami rujuk Bible.
Kerana majoriti tidak menceritakan tentang penggantungan diri Yahuza, maka saya merasakan bahawa Yahuza tidak menggantung dirinya sendiri. Dialah yang di'serupa'kan oleh Allah akan wajah Nabi Isa. Lalu ia ditangkap dan disalib hingga mati.
Jadi, mereka tidak membunuh Nabi Isa tidak pula menyalibnya. Yang disalib itu Yahuza yang diserupakan dengan wajah Nabi Isa. Memang, jika kita rujuk "the Four Gospels" yang diakui oleh pihak Kristian, hanya Matthew sahaja yang merekodkan perihal kematian Yahuza (Judas Iscariot), iaitu dengan menggantung diri setelah memulangkan kembali wang yang diperolehinya kepada ketua paderi (chief priests) - rujukan Matthew 27: 3-8. Tetapi, apa yang mengelirukan kami, juga para pembaca Bible yang lain, dan termasuk juga kepada para Paderi mereka sendiri ialah berlakunya penambahan yang mengelirukan apabila kita membaca "The Acts of Apostle" iaitu sambungan (?) daripada Gospel Luke yang menceritakan kehidupan para sahabat (hawariyyun) Yesus. Mengikut catitan sebagai mana yang terdapat di dalam "Goodnews Bible", antaranya menyebutkan:
"With the money that Judas got for his evil act he bought a field, where he fell to his death; he burst open and all his bowels spilt out. All the people living in Jerusalem heard about it, and so in their own language they call that field Akeldama, which means "Field of Blood". [The Acts, 1:18-19].
Hujjah saya, jika "The Acts" ini adalah juga ditulis oleh Luke, maka tarafnya samalah dengan Gospel According to Luke, natijahnya, berlaku satu lagi percanggahan antara Luke dengan Matthew. Kenyataan mereka sama sekali berbeza, mana satu yang betul? Seterusnya kenapa ia tidak ditulis di dalam Gospel Luke, padahal ia satu fakta penting untuk menerangkan perihal kehilangan Judas Iscariot yang tidak lagi bersama para sahabat lain. Kenapa ia hanya disebut di dalam the Act, itupun dalam usaha untuk menceritakan usaha mencari pengganti beliau, untuk mencukupkan bilangan menjadi "12 Disciples" semula?
Tekaan kami, fakta ini dimasukkan kemudian sebagai suatu fakta 'tambahan' untuk menjawab telahan golongan yang mempersoalkan kehilangan Judas Iscariot ini, dan menegakkan 'benang basah' mereka bahawa Nabi Isa yang berada di papan salib itu. Tapi, usaha manusia untuk menyembunyikan fakta atau menambah-pinda tidak berupaya sama sekali bagi para pengkaji yang jujur. Banyak lagi fakta-fakta yang jika diteliti secara teliti yang cukup meragukan untuk menerima pegangan mereka bahawa Jesus memang disalib. Mereka (para paderi yang jahat) memang telah bersusah-payah meminda Bible, mengubahnya supaya selari dengan kehendak mereka, malangnya semakin diubah, semakin banyak kekeliruan serta percanggahan fakta yang timbul. Maka benarlah ayat Allah yang bermaksud: (3:187) Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima. Nah, Allah berfirman, supaya umat terdahulu menerangkan isi keseluruhan kitab-kitab tersebut, jangan sembunyikan walaupun satu ayat, tetapi oleh kerana wang, maka biarkanlah sahaja kita tinggalkan janji-janji Allah, yang penting penuhkan kantung kita dengan wang !.
(5:15) Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan [Al Quran].
(2:146) Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. Demikianlah Allah telah berfirman, ada dikalangan umat-umat pada zaman terdahulu dikalangan Yahudi dan Kristian telah mengetahui akan kemunculan Nabi Muhammad, kerana mereka lebih mengenali Baginda daripada mereka mengenal anak-anak mereka sendiri, kerana ini telah diberitakan didalam "Taurat" dan "Injil" berulang kali, dan beberapa puak diantara mereka jelas sedang menunggu-nunggu akan kehadirannya.
 Perlu di perhatikan lagi, bahawa Allah amat membenci mana-mana umat yang meyembunyikan kebenaran seperti didalam firman Allah:
Surah Ali'Imran, ayat 187 ""Tatkala di ambil oleh Allah akan janji dari mereka yang di berikan Kitab supaya di terangkannya kepada manusia dan tidak di sembunyikan", maka sekali lagi Allah menegaskan yang hukum meyembunyikan ayat-ayat Allah adalah haram sebagaimana Allah berfirman pada Surah Al-Baqarah, ayat 146 "Sesungguhnya satu golongan dari mereka menyembunyikan kebenaran sedang mereka itu mengetahuinya" dan didalam Surah Al-Baqarah, ayat 283 "Dan barangsiapa menyembunyikan kesaksian (ilmu), maka berdosalah hatinya (menjadi orang yang berdosa)" (77:28) "Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan."
Renugilah :
(6:91) Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya, di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia". Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu per lihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui(nya) ?" Katakanlah: "Allah-lah (yang menurunkannya)", kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al Quraan kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.
(5:18) Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya". Katakanlah: "Maka mengapa Allah menyiksa kamu karena dosa- dosamu?" (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia(biasa) diantara orang-orang yang diciptakan-Nya dan menyiksa siapa yang di kehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Kepunyaan Allah-lah kerajaan antara keduanya. Dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).
Demikianlah kami kembalikan "penyerangan balas" terhadap puak-puak Kristian masa kini, yang sangat-sangat ingin memurtadkan umat-umat Islam. Walaubagaimanapun serangan mereka dipatahkan dengan Bible ciptaan mereka sendiri.
Kami mengucapkan terimakasih kepada sahabat-sahabat kami yang telah menjayakan homepage ini - "Murtad & Kristian - satu kebinggungan", dan sekali lagi kami mengucapkan berbanyak -banyak terimakasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat kami seperti Ahmad Redzwan, Abu Tiger, walaupun tuan-tuan adalah dikalangan "converts" tetapi Iman tuan-tuan adalah tinggi nilainya disisi Allah - InsaAllah - dan kami berdoa semoga kalian sentiasa didalam rahmat Allah hendaknya.
Semoga Allah merahmati juga Ibu, serta Daddy anak-beranak, dan semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang tidak terhingga kepada seluruh kaummuslimin dan muslimat amnya.
Sebelum kami akhiri hujah kami, ampun dan maaf di pohon jua, dan jika ada apa-apa kesilapan dalam penulisan kami, maka ini adalah berpunca diatas kecuaian kami sendiri.
(2:208) "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." dan (16:106) ..... akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar."
Oleh itu sekali lagi kami merayu kepada mana-mana individu, yang bercita-cita untuk Murtad, silalah lupakan niat jijik anda, dan bagi yang telah pun Murtad, kembalilah kepangkuan Islam, dan kepada mana-mana individu yang mencintai kebenaran, kajilah Islam, kerana Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang dirodoiNya.
 (9:71)Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Nota Khas:
Rancangan permurtadan orang Islam Melayu di Malaysia bermula sejak tahun 30'an lagi iaitu dengan terdirinya sekolah-sekolah seperti Victoria Institution, St Mary, Convent, St John, Anderson dll, dimana ia ditaja oleh Missionary Kristian. Orang Islam Melayu akan diberi subsidi untuk belajar, tetapi pada masa yang sama, murid-murid ini akan didedahkan dengan ugama. budaya serta adat resam Kristian. Maka dengan ini, Islam tidak lagi memandang adat resam, budaya dan ugama Kristian dengan perasaan yang sensitif.
 Mereka juga membawa masuk St John Ambulance, Boy Brigade, Pengakap, Rotary club, Lion Club, Interect Club dan banyak lagi badan-badan kebajikan masyarakat yang lain. Mereka akan mewarnakan lagi agama Kristian itu sebagai agama yang perihatin lebih dari agama Islam itu sendiri.
 Gerakan kristian sekarang lebih menumpukan kepada reverse psikology dari direct approach untuk merosakkan agama Islam. Contohnya Persatuan Melayu Kristian Singapura telah mencetak sebuah buku yang bertajuk Al-Kitab dalam tulisan Jawi, dengan kulit depannya yang kelihatan seperti Al-Quran, tetapi isi kandungannya adalah ajaran Kristian.
 Mereka juga menciptakan 5 surah palsu untuk dimasukkan ke dalam Al-Quran Internet untuk menjadikannya 119 surah seperti surah Al-Muslimun, Al-Iman, Surah WaSoYa dan 2 lagi surah yang tidak saya ingat, Ini adalah bertujuan untuk memesongkan ajaran Islam.
 Kemudian mereka menerapkankan pula budaya-budaya lain, seperti sex bebas, lepak, parti, disko dan sebagainya, dan jika mana-mana pasangan yang telah berzina, apalah yang ditakuti sangat - jumpa padri buat "pengakuan" dan dosa mereka telah "diampunkan" - itulah Kristian !.
 Terpulanglah kepada kita untuk melakukan satu perobahan yang amat besar demi Islam, Ramai para nabi dan para sahabat telah terkorban demi memperjuangkan Islam, dan Islam dinikmati secara "aman lagi percuma" pada hari ini - Apakah pula sumbangan anda pada Islam ?.
 Muasabahlah diri tuan-tuan dengan satu pertanyaan : "Layak kah aku untuk mengidam Surga Allah, dimana disitulah ditempatkanNya para-para Rasul dan para-para Nabi, para-para suhada, para-para sahabat yang mana hidup dan mati mereka hanyalah untuk Allah, ataupun, adakah aku akan dihumban ke Nereka Allah dimana teman sepermainan aku adalah Fir'aun, Haman, Qarun dan para-para penentang ajaran Allah ?"
 (66:6) Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kata2 kamu seperti mahu menduga kata2 tuhan saja...yak percaya sdh..jangan nak hina2 agama orang...kita ni one malaysia ok...ada apa2 hal yg tak puas hati tentang agama kristian korang ajarlah di dlm masjid ke kelas islam ke...jangan smpai orang awam terbaca semua ni...marilah kita saling menghormati

    ReplyDelete
  3. Agama palang memang begitu

    Aku setuju dengan penulis blogger ini

    Dia hanya membuat pembandingan

    Mereka menolak 700 Bible dan menerima 4 sahaja

    Tapi jalan cerita dalam keempat empat Bible tak sama langsung

    ReplyDelete